Powered by Blogger.
RSS

Salam Perkenalan

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Kembang mekar bunga di taman

Hiasan sanggul si dara sunti
Salam perkenalan hamba ucapkan
Buat pengunjung di blog ini

Ayam rintik di pinggir hutan
Dilihat dari tepi halaman
Selamat membaca hamba ucapkan

Mari bersama berkongsi pandangan

      Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa blog ini dinamakan Irama Sinar Harapan. Saya memilih tajuk ini kerana saya merasakan ia amat sesuai dengan tujuan utama blog ini yang lebih tertumpu kepada mata pelajaran Muzik dan Pemulihan Khas.
      Irama pembayang bagi mata pelajaran muzik sementara Sinar Harapan pembayang bagi Pemulihan Khas. Pemilihan Sinar Harapan bagi mewakili mata pelajaran Pemulihan Khas menunjukkan bahawa masih ada sinar harapan bagi murid pemulihan untuk berjaya seperti murid-murid lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment