Powered by Blogger.
RSS

Kemahiran Asas Nyanyian


Dalam kemahiran menyanyi , lagu adalah sumber utama yang dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

Aural
Kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari

Fizikal
Pengawakan nafas dan mekanisme vokal

Verbal
Kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan penguasaan bahasa

Daya ingatan muzikal
Kebolehan mengingat bunyi muzik dan menghasilkannya semula

Persembahan
Menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat

Interaksi sosial
Berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam kumpulan

Komunikasi
Menyatakan maksud rasa dan fikiran melalui nyanyian

 
Aspek Nyanyian

Untuk mendapatkan nyanyian yang baik, seseorang perlu mengikut aspek nyanyian. Terdapat lima aspek nyanyian yang perlu diikuti. Aspek tersebut ialah postur, pernafasan, sebutan dan ton, bentuk mulut dan latihan bunyi vokal dan terakhir jenis suara.

Postur
Dalam nyanyian, tubuh badan berfungsi sebagai alat muzik penting. Teknik vokal merangkumi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang. Postur terbahagi kepada dua iaitu berdiri dan duduk.

Postur berdiri





Berdiri tegak dengan kaki renggang sedikit. Badan diimbangkan di kedua belah kaki dan seluruh anggota badan dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan di sisi badan. Dada hendaklah kehadapan dengan bahu ke belakang. Kepala haruslah ditegakkan dan pandang lurus kehadapan.

Postur semasa duduk.




Duduk tegak dan kaki direnggangkan sedikit. Pastikan kedua belah tapak kaki di lantai dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan diatas paha. Kerusi hanya duduk 1/3 bahagian kerusi dan jangan bersandar. Dada juga hendaklah kehadapan dengan bahu kebelakang dan elakkan dari mengangkat bahu. Kepala mestilah sentiasa tegak dan pandang lurus kehadapan.

Pernafasan
Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian, mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan.

Sebutan dan ton
Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah paling jelas. Untuk menghasilkan pengeluaran ton yang baik ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting.

  • Tenaga
  • Intensiti
  • Kekuatan bunyi
  • Harakat (panjang dan pendek)
Pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan yang baik, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu ditekankan.

Bentuk mulut dan latihan bunyi vokal.




Latihan mengikut solfege








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment